Sunday, 24 June 2012

adik aku, darah daging aku

kami, adik beradik rapat. semua.
alhamdulillah, semua sedang lead kepada hidup yang lebih baik, inshaAllah.

tapi aku nak menulis , pasal adik aku.

orang tak tahu betapa susah dia nak berjaya. dulu ada org kata dia itulah, inilah. bila dia dah berjaya pun, masih lagi org pertikaikan kejayaan dia.

SEDIH, NAK TAHU KENAPA?

sebab setiap kata korang lontarkan dekat dia, tak pernah sekali pun dia marah atau kata pape, dia selalu senyum and cakap kat aku 'takpelah kak, kita kuat kan? wawa ada kakak, abg azahari, keluarga dah cukup dah kak'

itu je. aku rasa kadang2 dia lagi matang dari aku. diujinya oleh Tuhan dengan pelbagai ujian, tapi sekali pun dia tak melatah. seperti yang korang tahu, aku ni dok meroyan kat twitter, tapi kalau dia, rileks je. she'll make fun of it to make me laugh and dia akan jawab 'takpelah, wawa cuba improve k kak?'

SEDIH, NAK TAHU KENAPA?

sebab korang lupa dia pun manusia. korang ingat dia cuma budak 17 tahun yang nak kejar famous sedangkan rezki tu datang sendiri. sedih sebab waktu umur dia muda, dia kena bersikap matang, tak boleh melatah, dan kena kuat sedangkan kawan-kawan dia yang lain masih belajar lagi untuk jadi matang dan kuat. sedih bila korang lupa yang dia manusia, tak sempurna, dan dia ada perasaan untuk diekspresikan.

SEDIH, NAK TAHU KENAPA?

Sebab dia cuba untuk cari rezki halal, dia buat apa yang dia suka, dan Tuhan sayang kat dia dan bagi dia rezki yang luas tapi korang judge rezki dia. tapi korang pertikaikan lagi, judge dia lagi.

tak pernah sekali pun dia tanya berapa bayaran yang dia dapat utk satu show dia pergi. yes! tak pernah sekali dia tanya aku, nak tahu kenapa? sebab dia buat benda tu sebab dia minat, sebab dia suka dan dia tak kisah pun berapa harga bayaran persembahan dia buat tu. nak tahu kenapa? sebab dia kata 'wawa puas bila tengok org nyanyi lagu kita, bila org happy jumpa wawa, semua tu tak boleh beli dengan duit kak'.

tak pernah sekali dia mengeluh bila show bertimpa timpa dalam satu hari. paling kurang, dia akan sandar kat aku and cakap 'wawa penat sikitlah kak'. itu je.

tak pernah sekali dia berkira dengan kitorang, dia ada rezki, keluarga yang dia utamakan dulu. dia tak pernah mengeluh. dia manusia biasa.

jadi kenapa korang nak judge dia?

aku tak kisah kau orang tak suka dia, suara dia tak sedap ke, apa ke, itu hak masing-masing. tapi give that kid a break, jangan lah cela dia, aibkan dia.

kalau salah, tegur. tapi, correct me if im wrong, dalam islam, menegur secara private, bukan terbuka dan mengaibkan. selembut lembut nasihat itu, adalah terbaik kan?

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 comments:

  1. xpe kak ika. paan bangga ng kak ika n wawa atas segala ketabahan akak n wawa dlm menghadapi dugaan dan kutukan dari mereka2 yg berkenaan. kteorg NL'sAF cukup bangga n gembira tgk kak ika n wawa berjaya sehingga ditaraf sekarang ni walaupn bru setahun. ttp for me setahun yg berlalu ni bnyk memberi makna dan dh bnyk yg kak ika n wawa pelajari utk lebih matang dan menjadi seorang anak muda yg berwawasan tinggi. ape2 pn yg mereka katakan ttg wawa n kak ika harap dapat memberikan lagi pengalaman. N paan bangga gk menjadi salah sorg dr NL'sAF akak n wawa. Im love u guys so much.. Much <3 from ur NL'sAF-Paan_NL'sAF-

    ReplyDelete
  2. anggap je macam angin kentut. bau busuk kejap je. lepas tu wangi balik. chill, ika n wawa ada kitorg :)

    jom pi london! kekeke

    ReplyDelete
  3. x pe kak ika..mybe nie dugaan bg kak ika n najwa n satu famly...tpi insyallah lau niat najwa cm 2...insyallah beliau bole prgi jauh lgi kak ika,,,insyallah lagi ramai yg suka kn lagu dik najwa..biar kn ape yg owg nak ckp...nty mreka letih mreka diam la...mgkin nty allah nak tnjuk mereka yg mgata mcm2 tentang k.ika n dik najwa and satu famly akan suka juga najwa nty satu nty..allah maha mlihat dan mdengar ape yg kita bt di dunia nie..k..ape2 pon hppey je ... :)

    ReplyDelete
  4. tabahkan lah hati kak ika dan wawa. .semakin kita ditimpa musibah,semakin itu lah allah sayang kat kita. .tuhan xpernah menguji umatNya di luar batasnya. .
    Kami pminat NAJWA LATIF akan selalu MENYOKONG NAJWA. .wlaupun nanti wawa akan dilanda gosip yang banyak,kami akan tetap menyokong wawa. .kerana kami tahu dan percaya bahawa kak ika dan wawa adalah orang yang baik-baik. .kami akan selalu bagi sokongan kat kak ika dam wawa. .kami tak akan mengeluh dengan gosip yang wawa terima. .ITU JANJI KAMI

    ReplyDelete
  5. KAK IKA DAN WAWA MEMANG KEMBAR SEJATI LAH!! MUCH LOVE BOTH OF YOU!!

    ReplyDelete
  6. jgn mudah putus asa ika & wawa =)

    ReplyDelete
  7. Takpe lh kak ika.. biar org nk kter ape... diaorang sume takde kt tmpt wawa ngan kak ika... diowang tak akn fhm ape yg kak ika ngan wawa lalui.... hrp kak ika ngan wawa sabar....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum , Just want to say ...
    Saya bukan salah seorang rakyat malaysia yg judge Najwa ... But , lps saya bace post nieyh , kalau btol apa yg tertera kat post nieyh berlaku ... Saya cuma nak psan at Najwa yg dye adalah seorang yg baik 'n' dye patot keklkan sikapnyer itu... Biak pi la orang nak habak apo , mulot orang tak ley jage ... Kite manusia just patot berdoa pada siDia ... ( hey , I'm 14 'n' saya orang Johor ... saya bangga dgn sikap Kak Najwa ... tak ramai org mcam tu ... )

    ReplyDelete
  9. Sabar lah... Mungkin ada hikmah untuk semua ni... Biarlah apa yg org nak fikir dan katakan... Apa apapun bangga dgn najwa... Semoga maju jaya. Amin...

    ReplyDelete
  10. Sedihnya cerita ni...x per najwa jgn give up...mugkin ada hikmah untuk semua ujian ni...

    ReplyDelete
  11. walaupun ni post lama tapi ttp terasa nak komen. honestly, bukan peminat setia najwa latif tp ttp suka tgk dia sb dia ada personaliti and aura sendiri. and yg paling penting najwa sentiasa nampak sopan and sweet

    ReplyDelete