Monday, 4 March 2013

persepsi manusia

Aku punya rasa,
Yang rasanya mungkin tak beri apa impak pada kalian.
Kerna rasa itu punya aku,
Bukan kamu.

Pernah kau rasa,
Begitu banyak kau usaha,
Tapi tak beri impak pada dunia.

Kau sedih.
Kau pilu.
Kau sayu.
Kau diam.

Tapi kau tak putus asa.
Kau bangun semula.
Walau sukar nak pijak dibumi nyata.
Kau bangun juga.
Kau pejamkan mata.
Kau pekak kan telinga.
Kau biar hati kau berbicara.
Bicara melalui pena.

Aku berusaha.
Ya. Berusaha.
Berusaha untuk jadi manusia.
Yang cantik eloknya di mata yg maha Esa.
Yang sopan santunnya disanjung keluarga.
Yang bijak menyusun katanya dimata semua.
Aku cuba.

Cuma terkadang aku fikir,
Jijiknya aku dimata aku sendiri,
Bila apa yang aku mahu itu kabur,
Tak nampak dek mata kasar,
Tak terhidu dek mata hati.

Aku gagal.
Gagal menjadi seorang anak.
Gagal menjadi seorang kakak.
Gagal menjadi seorang manusia.
Gagal pekak kan telinga
Gagal tutupkan mata

Kerna apa?

KALIAN.


Kalian yang mencerca
Memaki tanpa usul periksa
Menghakimi tanpa merasa
Hanya tahu bicara.

Dan MENGATA.

Inilah orang kata.
Tak pernah nak nampak baik manusia.
Yang aib juga yang nak dibuka.
Sampai bila?


Sampai yang kita kita dah tak ada di muka dunia
Sampai yang kita kita ni gagal nak cipta kerjaya
Sampai kita kita ni semua hilang lapuk ditelanbusia

Come on lah Malaysia.
Come on lah Melayu.

Sudah sudah dengan kata belakang.
Sudah sudah dengan menjaja cerita.

Kalau satu itu nampak boleh maju,
Bagilah kata semangat,
Biar maju. Terus maju.

Kalau satu iti nampak silap,
Bagilah penerangan.
Biar terang. Terus terang.

Jangan hanya mengherdik, mengejek
Sbb itu buat yang kita kita ni akal pendek
Semua nya nak disuap nak dibodek.

Bagi kata semangat
Biar yg keluarkam keringat
Mahu terus maju
Mahu terus tahu
Mahu terus mampu

Jangan jadi manusia
Yang hanya mencerca
Tapi tak maju
Yang hanya mengaibkan
Walhal buat tahi di lorong jalanan.

Jangan.

1 comment:

  1. hai nk baca pasal paranoid cinta tak? moh dtg blog saya..sambil itu saya berak kat sini..:)
    http://teholimau.blogspot.com

    ReplyDelete