Sunday, 23 September 2012

hilang,

kalau aku kata hilang,
aku bagi kau gambaran tentang terbang.

terbang pergi kealam fantasi,
tinggalkan sebentar ruang realiti,
ruang yang anggarannya infiniti.

tapi kalau aku hilang,
adakah kau juga akan terbang?

terbang mencari ruang itu,
terbang mencari sesuatu,
terbang mencari aku?

aku harap kau terbang mencari aku,
sbb yang jujurnya aku,
hilang ke dunia itu,
sbb mahu kau hadir dan mencari aku.

enak mimpi dari realiti,
kerana kita bisa dapat apa yg sukar dimiliki,
pada dunia kejam yg namanya realiti.

aku mimpi kamu,
kau jadi milik aku.

indah bukan?

IL

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, 16 September 2012

kehadapan kau,

aku terbaca komen yg aku ni tumpang glamer adik aku. aku ni kasar. aku ni itu. aku ni ini.

jadi, put it this way.

kalau kau kenal aku 23 tahun yang dulu, kau akan tahu betapa kasarnya aku, kau akan sedar betapa rebelnya aku.

takde org pun akan cakap 'aku kenal kau dah 23 tahun dah'. takde.

KECUALI MAMA AKU.

jadi kalau kau nak cakap betapa kasarnya aku, betapa rebelnya aku, pastikan kau mak aku. sbb hanya mak aku yg layak cakap aku begitu. sbb setiap situasi kejam, kasar dan rebel yg aku pernah buat, dia tahu.

mengenai tumpang glamer adik aku.

kalau betul aku nak tumpang glemer dia, aku letak kat bio aku, aku gantung 'saya kakak artis tu' dkt leher aku. kalau betul aku nak lah.

tapi kau tahu tak, betapa aku tak suka nya nak glemer glemer ni sbb aku hilang hak privasi aku. aku xboleh ponteng kelas. aku tak boleh malas. aku tak boleh nak memain dalam kelas. aku tak boleh makan dalam kelas. carry mark tak boleh sikit sbb lecturer dah kenal. lecturer aku pun baru sedar aku kakak artis tu dah nak hujung sem 2. kau rasa aku nk sgt ke tumpang glemer? kau baca ni, kau rasa seronok ke kalau aku tumoang glemer dia pun?

kau tanya budak kelas aku, ada aku sesikit cerita pasal adik aku ke, pasal hidup glemer ni ke, ada? aku pegi kelas pun selekeh bhai. pernah aku pegi kelas pakai t dgn tracksuit dgn selipar jepun je bhai. smpai budak kelas aku tanya ' kau baru blk jogging ke?' aku jawab 'tak lah. aku rasa nak selekeh harini' dan dia jawab 'tahniah, kau mmg berjaya'. nampak tak betapa selekehnya aku? kau tanya budak rumah aku, ada aku sesikit nak tunjuk mcm 'weyh, aku kakak artis tu' ada? aku rasa, bila diorang tanya pasal adik aku, baru aku cerita. lain aku lek lek je weyh.

so, kau nak cakap aku tumpang glemer sbb aku sound satu account fake, yg letak gambar adik aku tanpa kebenaran? cuba kau tengok dalam gambar tu ada tak gambar aku? apa perasaan kau org kalau gambar kau org sendiri dipublish tanpa kebenaran korang? seronoknyaaaa! glamernyeee! mcm tu? kalau betul aku nak tumpang glemer, aku biar je lah weyh. banyak pulak org like. barang panas weyh. aku tak lah marah. ni aku suruh remove sbb aku tak suka sbb dalam tu ada gambr aku jugak. jadi, tunjuk aku mana aku nak glamer sgt tu? tunjuk.

lepas tu pasal jadi penulis ni. Tak kan aku nak marah Tuhan sbb bagi aku rezki dari menulis? Tak kan aku nak marah Tuhan sbb dia bagi aku ilham? jadi, kau nak marah aku sbb tumpang glemer ni bagai? kalau rezeki aku dah tulis kat situ, aku nak marah Tuhan jugak? lepas tu tak kan aku nak berubah tak jadi diri aku sbb 'oh, kau kakak artis tu, jadi kau dah tak boleh nak rebel, tak boleh nak kasar. kau kena jadi baik, mcm wanita terpilihhhhhh sangat. kau dah yakde hak bersuara dah, no no no. kenot liddat. kau kena ikutttt je apa yg org nak kau buat atau dengan kata nama lain, ROBOT. jadi bila kau disuruh jaga hati, kau jaga hati. hati kau, kau biar je mati. ' macam tu?

jadi sekarang, aku nak tanya,

Kau nak aku buat apa?

perasaan dia lancau bila involve dalam dunia ni, serious aku cakap.

jadi aku tak batak. kau nak, amek! aku tak hadap.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, 2 September 2012

ke hadapan bakal suami,

aku tak sempurna,
tapi sesempurna aku yang Tuhan cipta,
aku harap kau terima.

Sebab aku cukup lengkap untuk aku,
dengan cacat cela azali ku,
denga tidak sempurnanya aku.

Tapi aku bahagia,
Aku bersyukur pada Tuan Pencipta,
kerana jadikan aku yg tak sempurna ini sempurna.

Tapi satu je aku pinta.
Moga tak sempurnanya aku yang Dia cipta,
mampu sempurnakan kau yang bagi aku sempurna,
cukup lengkap nya engkau Tuhan cipta,
biar tutup lemahnya aku yang tak sempurna,
lengkap melengkapi orang kata :)

Cuma satu aku nak tanya,

ke hadapan bakal suami, sanggup terima kurangnya saya sampai

mati? :)

dari (bakal) tulang rusuk kau yang sebelah lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.8