Wednesday, 22 August 2012

Kehadapan darah daging aku yang satu itu,

Assalamualaikum..

Akak tahu kau tak baca blog akak. Akak tak kisah. Sungguh. Tapi akak kena luahkan benda ini menggunakan medium ini, cuma mungkin terlalu ego untuk bercakap secara telusnya dengan kau.

Kehadapan darah daging aku yang satu itu, 

*tarik nafas panjang*

Terima kasih sebab bantu akak hidup semula. Waktu akak jatuh, kau ada tengok akak nangis, kau ada tengok akak hancur, kau ada tengok akak putus asa. Mungkin salah satu sebab kau selalu berusaha dan tak pernah cakap diri kau penat, sebab kau nak bantu akak. Mungkin.

Tiada benda akak  boleh bagi untuk balas segala kebaikan kau pada akak. Sungguh. Akak tak mampu. Sebab kau bagi akak nafas untuk hidup semula. Kalau akak hutang nyawa pada mama, tapi akak hutang hidup sama kau. Sama macam akak hutang hidup pada tok mak. Kerana kau orang bantu bagi akak nafas semula waktu akak tiada udara. Waktu akak pilih putus asa adalah jalan nya. 

Orang kata akak menumpang kau punya kesenangan, akak rasa seperti susahkan kau, sungguh. Akak  betul-betul minta maaf. Tapi terima kasih, walau apa pun orang kata pada akak, kau selalu datang dan beritahu "Biar orang nak cakap apa kak, wawa tak cakap apa-apa pun kan? Kakak tu kakak wawa. Kakak jaga wawa buat apa wawa nak berkira?"  

Dan setiap kali itulah, aku akan menangis, itu saja yang aku mampu buat. 

Aku cuma ada Tuhan, tempat untuk aku mohon benda paling bernilai dalam hidup aku sekarang, iaitu DOA. Itulah harta paling mahal yang aku ada sekarang, itu saja aku mampu.

Aku doa,

Tuhan jadikan kau seorang wanita yang solehah, harta karun atas dunia,
Tuhan jadikan kau seindah-indah anak dan sebaik-baik kakak dan adik pada semua,
Tuhan permudahkan segalanya untuk kau didunia mahupun diakhirat,
Tuhan bantu kau atas segala kesulitan yang kau hadapi atas dunia ataupun disana, 
Tuhan bukakan dan permudahkan pintu rezeki yang halal untuk kau terima,
Dan tuhan bagi kau sesempurna manusia yang dia boleh cipta,

Agar kau boleh terus bantu,
Siapa yang kau perlu,
Macam kau bantu aku. 

Amin. 

Kalau mampu aku bagi nyawa, aku sanggup,
untuk balas budi kau yang bagi aku hidup. 

Akak sayang kau, Wa.
Terima kasih. 


kambing hitam,

Mungkin hidup kau indah,
hidup aku juga.
Jadi tak adil untuk aku mengeluh,
kerana Allah bagi aku cukup, sempurna.
Alhamdulillah.


Aku menulis rentetan apa yang berlaku,
Tak tahu kenapa,
aku rasa ada segenap perasaan aku yang mahu memberontak,
mahu dilepaskan.

Ini tak adil, aku tahu.
Sebab hidup aku indah,
sebab hidup aku cukup,
Tapi bagi aku peluang nak berbicara.

Aku sedar aku bukan bijak, aku bukan cantik, aku bukan sempurna, macam kalian. Tapi aku cukup lengkap untuk aku. Tetapi sedihnya aku, dengan cukup lengkapnya aku Tuhan beri, tak pernah enak nya dimata kalian. Aku sedar, kau seorang terpelajar. Tapi bukan itu token kau untuk menghina dan mengeji aku.

Aku sedar diri aku hanya sampah. Sebab itu karya aku orang label sampah. Sebab ia hanya sampah yang ditulis oleh sampah jalanan macam aku. Syukurlah masih ada orang mahu dengar, mahu hargai.

Tapi aku bangga dengan sampah aku. Sampah itu yg bagi aku hidup, bagi aku nafas untuk mulai bangkit mengorak hidup aku semula. Mungkin bagi kau, itu bukan usaha aku sendiri sebab aku perlu menumpang darah daging aku untuk hidup. Tapi percayalah. aku sedar diri. Dititip ucapan terima kasih tak bertubi-tubi pada darah daging aku yang bantu aku hidup semula.

Segelumit, hati aku hancur segelumit.

Mungkin kau tak pernah kenal apa itu rasa hidupnya dibawah. Mungkin kau tak pernah kenal apa itu rasa bila kau berusaha, apa yang orang mampu kata adalah, "kau hanya hidup atas darah daging kau, tanpa dia, kau tiada apa-apa" kerana  bagi kau, kau susah atas kaki kau sendiri, kau nak berjaya atas kaki kau sendiri. Tapi kau tak sedar, tak semua manusia macam kau, setengah manusia perlu bergantung dengan orang lain untuk berjaya. Mungkin bukan setengah, mungkin aku saja. Ah, aku lah orang itu. Aku sedar!

Hati aku hancur lagi. Sungguh.

Sehina-hina manusia, aku rasa aku paling hina. Sejijik-jijik manusia, aku rasa aku paling jijik. Aku sedar. Tapi aku ada hati, aku  ada rasa. Yang kau baru perlekehkan tadi itu hati. Hati aku.

Tapi jangan risau, hati aku baru saja mati,

Tadi.

Maafkan aku sebab selalu jadi kambing hitam dalam keluarga ini. Maafkan aku sebab tiada apa yang boleh kau bangga dengan aku.

Tiada kata secantik bahasa,
Yang mampu ganti perkataan Maaf,
kerana cacat cela kan kau yang sempurna.
Sungguh, aku mohon maaf.

p/s : maaflah kalau apa yang aku tulis ini merepek. Aku menulis dalam keadaan tak tenang sambil mata berkaca. Hey, aku tak sempurna kan? Aku tulis sampah. Tapi aku bangga.