Wednesday, 22 August 2012

Kehadapan darah daging aku yang satu itu,

Assalamualaikum..

Akak tahu kau tak baca blog akak. Akak tak kisah. Sungguh. Tapi akak kena luahkan benda ini menggunakan medium ini, cuma mungkin terlalu ego untuk bercakap secara telusnya dengan kau.

Kehadapan darah daging aku yang satu itu, 

*tarik nafas panjang*

Terima kasih sebab bantu akak hidup semula. Waktu akak jatuh, kau ada tengok akak nangis, kau ada tengok akak hancur, kau ada tengok akak putus asa. Mungkin salah satu sebab kau selalu berusaha dan tak pernah cakap diri kau penat, sebab kau nak bantu akak. Mungkin.

Tiada benda akak  boleh bagi untuk balas segala kebaikan kau pada akak. Sungguh. Akak tak mampu. Sebab kau bagi akak nafas untuk hidup semula. Kalau akak hutang nyawa pada mama, tapi akak hutang hidup sama kau. Sama macam akak hutang hidup pada tok mak. Kerana kau orang bantu bagi akak nafas semula waktu akak tiada udara. Waktu akak pilih putus asa adalah jalan nya. 

Orang kata akak menumpang kau punya kesenangan, akak rasa seperti susahkan kau, sungguh. Akak  betul-betul minta maaf. Tapi terima kasih, walau apa pun orang kata pada akak, kau selalu datang dan beritahu "Biar orang nak cakap apa kak, wawa tak cakap apa-apa pun kan? Kakak tu kakak wawa. Kakak jaga wawa buat apa wawa nak berkira?"  

Dan setiap kali itulah, aku akan menangis, itu saja yang aku mampu buat. 

Aku cuma ada Tuhan, tempat untuk aku mohon benda paling bernilai dalam hidup aku sekarang, iaitu DOA. Itulah harta paling mahal yang aku ada sekarang, itu saja aku mampu.

Aku doa,

Tuhan jadikan kau seorang wanita yang solehah, harta karun atas dunia,
Tuhan jadikan kau seindah-indah anak dan sebaik-baik kakak dan adik pada semua,
Tuhan permudahkan segalanya untuk kau didunia mahupun diakhirat,
Tuhan bantu kau atas segala kesulitan yang kau hadapi atas dunia ataupun disana, 
Tuhan bukakan dan permudahkan pintu rezeki yang halal untuk kau terima,
Dan tuhan bagi kau sesempurna manusia yang dia boleh cipta,

Agar kau boleh terus bantu,
Siapa yang kau perlu,
Macam kau bantu aku. 

Amin. 

Kalau mampu aku bagi nyawa, aku sanggup,
untuk balas budi kau yang bagi aku hidup. 

Akak sayang kau, Wa.
Terima kasih. 


5 comments:

  1. sedeynye bace..sebak je dada T_T..kdg2 darah daging bleh tikam kita dan buat rse mcm dlm neraka, kdg2 jugak darah daging bleh buat kite bahagia and rase mcm berade di syurga..'kdg2 mendaki gunung memang sgt memenatkan, tp hasil pemandangannya sgt hebat'!..

    ReplyDelete
  2. Kak Ika,never give up ok. Think about org yg syg kak ika, mesti dorang tak nak tengok kak ika give up, kan. So, chill. Live your life as you want it to be.

    ReplyDelete
  3. hbungan adik bradik ibarat air yg di cincang x kn ptus,, kna la beramah mesra n bertolak ansur kdg2 tu,, yg pnting kta jga hbungan adk beradik kta spaya x de phak yg mngambil ksempatan ttg hbungan baek adik bradik kta,, insyaallah,,

    ReplyDelete