Monday, 23 July 2012

menangis,

aku menulis rentetan satu artikel,

mungkin ramai yang tak senang aku jaga adik aku sendiri, aku ikut dia kemana-mana.

mungkin ada ramai yang menyangkakan mereka lebih layak untuk berada disamping dia, adik artis aku.

aku redha dicaci, di cela, atas khilaf aku menjaga adik aku.

'no fashion sense, tapi ada hati nak style kan adik' memang. memang aku bukan fashionista. sbb tu lah aku takde depan cover magazine atau billboard dekat jalanan tu.

aku hanya kakak yang membantu adik aku selesakan diri dia dalam dunia seni yang 'indah' bagi kau orang semua.

aku hanya kakak yang nak terbaik untuk adik dia tapi aku sedar aku tak 'gah' utk bantu dia sbb aku sendiri masih cari diri aku.

tapi, salah kah jika seseorang itu tidak berfesyen mengikut kehendak apa kau orang nak?

salah kah jika dia pakai apa yang dia mahu asalkan dia selesa?

aku bukan nak jual adik aku. yang kami nak jual, lagu kami, BUKAN ADIK AKU.

jadi aku rasa, mungkin adik aku tak se-stylo yang kau orang mahu, tapi berdosakah dia? salah kah dia?

mana pergi 'pentingkan bakat, dari rupa' , mana landas 'tak guna ada rupa tapi tak berbakat' mana?

aku tak menyuruh kau orang sukakan adik aku. Tak. Aku tak memaksa. Lumrah manusia. Macam mak aku kata 'susah nak cari org suka kita, yang tak suka tu ramai'.

jadi, apa aku harap, pada orang yang masih suka ni,

terima kasih, Alhamdulillah.

Tapi,

sukalah adik aku kerana muzik dia sbb aku bukan jual adik aku.

Sukalah adik aku kerna bakat dia, bukan beg , baju atau kasut jenama yang dia pakai.

sebab pegang kata aku,

sehodoh mana, atau sejelik mana pun adik aku,
sekiranya setiap lagu yang dia mainkan, dia nyanyikan,
mampu bagi senyum dekat kau orang semua,
mampu bagi kau rasa syurga atas dunia,
itu dah lebih cukup dari segalanya.
sungguh.

'dikala ku jatuh, ku bangkit kernaMu, Tuhan Yang Satu'.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 12 July 2012

peringatan untuk diri sendiri,

JANGAN MUDAH BERI HATI,
PADA SESEORANG YANG TAK PASTI,
KERNA DIA BELUM TENTU BOLEH JANJI,
DAPAT JAGA HATI KITA BILA DIA DAH CURI.

IL

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, 7 July 2012

muka buku najwa latif

bismillah hirrahman nirrahim,

as i'm writing this, saya tengah duduk depan wawa, makan dekat chicken rice shop, plaza shah alam section 9, pukul 12.30 tgh hari.

alhamdulillah, mukabuku adik saya punya tv show akan disiarkan di astro ria , 7pm, malam ni. terima kasih happy camperst tv sbb produce the tv programme and thank u astro sbb menyiarkan rancangan tersebut.

for what i read, some of y'all condeming my sister for not belajar yet and stuff sbb ada reality tv show. so, kepada kawan-kawan yg ambil berat ni, ingin saya tekan kan kat sini, rancangan itu di shoot dari december tahun lepas sehinggan april tahun ni. jadi, takde pun kacau masa rehat adik saya. jangan risau.

saya tahu, ramai kawan-kawan yg ambil berat ni sibuk ingatkan adik saya dalam belajar dan sebagainya, terima kasih. as far as korang ambil berat, keluarga kitorang pun menitik beratkan study juga. jadi, doakan lah yg terbaik utk najwa.

jadi, trima kasih kepada happy campers krew kerana sudi berlari-lari mengikut kami mencari rezki. excitednya mereka kerana seronok nak travel smpai mereka dah mual jalan dekat atas jalan raya atas sebab keletihan ikut kami, terima kasih. kami hargai.

ada kaya ada roti,
ada masa kita bekerjasama lagi.

terima kasih.

Published with Blogger-droid v2.0.6