kami, adik beradik rapat. semua.
alhamdulillah, semua sedang lead kepada hidup yang lebih baik, inshaAllah.
tapi aku nak menulis , pasal adik aku.
orang tak tahu betapa susah dia nak berjaya. dulu ada org kata dia itulah, inilah. bila dia dah berjaya pun, masih lagi org pertikaikan kejayaan dia.
SEDIH, NAK TAHU KENAPA?
sebab setiap kata korang lontarkan dekat dia, tak pernah sekali pun dia marah atau kata pape, dia selalu senyum and cakap kat aku 'takpelah kak, kita kuat kan? wawa ada kakak, abg azahari, keluarga dah cukup dah kak'
itu je. aku rasa kadang2 dia lagi matang dari aku. diujinya oleh Tuhan dengan pelbagai ujian, tapi sekali pun dia tak melatah. seperti yang korang tahu, aku ni dok meroyan kat twitter, tapi kalau dia, rileks je. she'll make fun of it to make me laugh and dia akan jawab 'takpelah, wawa cuba improve k kak?'
SEDIH, NAK TAHU KENAPA?
sebab korang lupa dia pun manusia. korang ingat dia cuma budak 17 tahun yang nak kejar famous sedangkan rezki tu datang sendiri. sedih sebab waktu umur dia muda, dia kena bersikap matang, tak boleh melatah, dan kena kuat sedangkan kawan-kawan dia yang lain masih belajar lagi untuk jadi matang dan kuat. sedih bila korang lupa yang dia manusia, tak sempurna, dan dia ada perasaan untuk diekspresikan.
SEDIH, NAK TAHU KENAPA?
Sebab dia cuba untuk cari rezki halal, dia buat apa yang dia suka, dan Tuhan sayang kat dia dan bagi dia rezki yang luas tapi korang judge rezki dia. tapi korang pertikaikan lagi, judge dia lagi.
tak pernah sekali pun dia tanya berapa bayaran yang dia dapat utk satu show dia pergi. yes! tak pernah sekali dia tanya aku, nak tahu kenapa? sebab dia buat benda tu sebab dia minat, sebab dia suka dan dia tak kisah pun berapa harga bayaran persembahan dia buat tu. nak tahu kenapa? sebab dia kata 'wawa puas bila tengok org nyanyi lagu kita, bila org happy jumpa wawa, semua tu tak boleh beli dengan duit kak'.
tak pernah sekali dia mengeluh bila show bertimpa timpa dalam satu hari. paling kurang, dia akan sandar kat aku and cakap 'wawa penat sikitlah kak'. itu je.
tak pernah sekali dia berkira dengan kitorang, dia ada rezki, keluarga yang dia utamakan dulu. dia tak pernah mengeluh. dia manusia biasa.
jadi kenapa korang nak judge dia?
aku tak kisah kau orang tak suka dia, suara dia tak sedap ke, apa ke, itu hak masing-masing. tapi give that kid a break, jangan lah cela dia, aibkan dia.
kalau salah, tegur. tapi, correct me if im wrong, dalam islam, menegur secara private, bukan terbuka dan mengaibkan. selembut lembut nasihat itu, adalah terbaik kan?
Published with Blogger-droid v2.0.6