Friday, 6 December 2013

Kalau saya superwoman....

Aku nak kena adjust hidup aku..
Biar allignment dia cantik dan tak haru biru...
Sebab aku kena mula hidup baru...


Susah...
Sebab paling terpijak..
Paling tersampah...
Paling tak mampu nak luah...
Sebab apa apa aku rasa aku pun tak tahu...

Kalau aku superwoman...
Aku nak selesaikan semua...
Aku nak selamatkan nyawa...
Aku nak pulihkan dunia...
Aku nak....


Hati aku semula.


Tuhan,
Bantu aku....
Biar setiap sujud aku,
Aku jadi bertambah redha...
Bertambah kuat...
Bertambah tabah...


Siapa aku nak soalkan setiap apa yang berlaku...
Kerana itu semua ketentuanMu
Tapi bantulah hambaMu ini ya Allah
Sebab aku paling jijik dan paling jatuh...
Pada diri aku...

Kerana aku tak kuat
Seperti mana Kau mahu.


Jadi bantu aku,
Aku nak cari diri aku,
Aku nak cari pencipta aku..


Aku nak kuat untuk lalu liku liku
Aku nak... Aku.


Monday, 4 March 2013

persepsi manusia

Aku punya rasa,
Yang rasanya mungkin tak beri apa impak pada kalian.
Kerna rasa itu punya aku,
Bukan kamu.

Pernah kau rasa,
Begitu banyak kau usaha,
Tapi tak beri impak pada dunia.

Kau sedih.
Kau pilu.
Kau sayu.
Kau diam.

Tapi kau tak putus asa.
Kau bangun semula.
Walau sukar nak pijak dibumi nyata.
Kau bangun juga.
Kau pejamkan mata.
Kau pekak kan telinga.
Kau biar hati kau berbicara.
Bicara melalui pena.

Aku berusaha.
Ya. Berusaha.
Berusaha untuk jadi manusia.
Yang cantik eloknya di mata yg maha Esa.
Yang sopan santunnya disanjung keluarga.
Yang bijak menyusun katanya dimata semua.
Aku cuba.

Cuma terkadang aku fikir,
Jijiknya aku dimata aku sendiri,
Bila apa yang aku mahu itu kabur,
Tak nampak dek mata kasar,
Tak terhidu dek mata hati.

Aku gagal.
Gagal menjadi seorang anak.
Gagal menjadi seorang kakak.
Gagal menjadi seorang manusia.
Gagal pekak kan telinga
Gagal tutupkan mata

Kerna apa?

KALIAN.


Kalian yang mencerca
Memaki tanpa usul periksa
Menghakimi tanpa merasa
Hanya tahu bicara.

Dan MENGATA.

Inilah orang kata.
Tak pernah nak nampak baik manusia.
Yang aib juga yang nak dibuka.
Sampai bila?


Sampai yang kita kita dah tak ada di muka dunia
Sampai yang kita kita ni gagal nak cipta kerjaya
Sampai kita kita ni semua hilang lapuk ditelanbusia

Come on lah Malaysia.
Come on lah Melayu.

Sudah sudah dengan kata belakang.
Sudah sudah dengan menjaja cerita.

Kalau satu itu nampak boleh maju,
Bagilah kata semangat,
Biar maju. Terus maju.

Kalau satu iti nampak silap,
Bagilah penerangan.
Biar terang. Terus terang.

Jangan hanya mengherdik, mengejek
Sbb itu buat yang kita kita ni akal pendek
Semua nya nak disuap nak dibodek.

Bagi kata semangat
Biar yg keluarkam keringat
Mahu terus maju
Mahu terus tahu
Mahu terus mampu

Jangan jadi manusia
Yang hanya mencerca
Tapi tak maju
Yang hanya mengaibkan
Walhal buat tahi di lorong jalanan.

Jangan.

Thursday, 18 October 2012

Ke hadapan duapuluhtigatahun syafika,

Assalamualaikum.

kehadapan duapuluhtiga tahun syafika.

ingat yang kau sudah dewasa,
tapi dewasa kau tak cermin apa apa,
kalau yg dewasa hanya pada nama,
bukan kudrat yg kau perlu usaha,
untuk jadi dewasa setanding dengan nama.

kau perlu sentiasa bangun dan lari,
lari kejar mimpi,
putus asa jangan pernah sekali,
walau kau kena caci, kena maki,
ingat Tuhan akan sentiasa disisi,
yang penting kau kena lari,
lari kejar mimpi.

banyak kali kau jatuh,
tersembam menyembah bumi,
tapi jangan pernah sekali kau rapuh,
sebab Tuhan akan sentiasa disisi,
tapi ingat! jangan kau angkuh,
berpijak dibumi dan sentiasa sedar diri.

Selamat Ulang Tahun Syafika,

kau makin dewasa,
tanggung jawab kau makin berat pada dunia,
harapan kau akan jadi tinggi setinggi puncak himalaya,
tapi sentiasa pijak bumi yang nyata,
ingat yang besar kan kau dari sekecil zarah,
sehingga sebesar manusia.
jangan lupa jasa mereka.

kau sudah dewasa,
terbanglah kejar cita cita,
jgn peduli oranh yg pandang sebelah mata,
mungkin kau ada apa yang dia tiada,
tapi ingat, jangan pernah mendabik dada.

Selamat Ulang Tahun Syafika,

Moga dgn jasad yang semakin tua,
dan kudrat yang semakin tak bermaya,
kau masih mampu kejar cita-cita,
kau masih mampu beri bahagia pada manusia,
dan kau masih sujud pada yang Maha Esa.

aku akan selalu ada,
disetiap jatuh bangun kau,
disetiap tawa tangis kau,
dan setiap perit manis kau,

sebab aku adalah roh yang berjanji dengan Tuhan,
untuk ada dengan kau,
sehingga aku terpisah dengan kau
sehingga aku tinggalkan jasad manusia,
yang namanya Iqhwatul Syafika,
dan kembali kepada Dia.

pegang janji aku,

"aku akan selalu ada, sehingga jasad dan roh terpisah dua"

Selamat Duapauluhtiga Tahun Iqhwatul Syafika,
Selamat buka buku baru,
Selamat jadi manusia baru,
Selamat terus sujud pada yang Satu,
Selamat Jadi Orang Tua.

HAHA

iloveyou iqhwatul syafika.

with love,

iqhwatul syafika ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 23 September 2012

hilang,

kalau aku kata hilang,
aku bagi kau gambaran tentang terbang.

terbang pergi kealam fantasi,
tinggalkan sebentar ruang realiti,
ruang yang anggarannya infiniti.

tapi kalau aku hilang,
adakah kau juga akan terbang?

terbang mencari ruang itu,
terbang mencari sesuatu,
terbang mencari aku?

aku harap kau terbang mencari aku,
sbb yang jujurnya aku,
hilang ke dunia itu,
sbb mahu kau hadir dan mencari aku.

enak mimpi dari realiti,
kerana kita bisa dapat apa yg sukar dimiliki,
pada dunia kejam yg namanya realiti.

aku mimpi kamu,
kau jadi milik aku.

indah bukan?

IL

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, 16 September 2012

kehadapan kau,

aku terbaca komen yg aku ni tumpang glamer adik aku. aku ni kasar. aku ni itu. aku ni ini.

jadi, put it this way.

kalau kau kenal aku 23 tahun yang dulu, kau akan tahu betapa kasarnya aku, kau akan sedar betapa rebelnya aku.

takde org pun akan cakap 'aku kenal kau dah 23 tahun dah'. takde.

KECUALI MAMA AKU.

jadi kalau kau nak cakap betapa kasarnya aku, betapa rebelnya aku, pastikan kau mak aku. sbb hanya mak aku yg layak cakap aku begitu. sbb setiap situasi kejam, kasar dan rebel yg aku pernah buat, dia tahu.

mengenai tumpang glamer adik aku.

kalau betul aku nak tumpang glemer dia, aku letak kat bio aku, aku gantung 'saya kakak artis tu' dkt leher aku. kalau betul aku nak lah.

tapi kau tahu tak, betapa aku tak suka nya nak glemer glemer ni sbb aku hilang hak privasi aku. aku xboleh ponteng kelas. aku tak boleh malas. aku tak boleh nak memain dalam kelas. aku tak boleh makan dalam kelas. carry mark tak boleh sikit sbb lecturer dah kenal. lecturer aku pun baru sedar aku kakak artis tu dah nak hujung sem 2. kau rasa aku nk sgt ke tumpang glemer? kau baca ni, kau rasa seronok ke kalau aku tumoang glemer dia pun?

kau tanya budak kelas aku, ada aku sesikit cerita pasal adik aku ke, pasal hidup glemer ni ke, ada? aku pegi kelas pun selekeh bhai. pernah aku pegi kelas pakai t dgn tracksuit dgn selipar jepun je bhai. smpai budak kelas aku tanya ' kau baru blk jogging ke?' aku jawab 'tak lah. aku rasa nak selekeh harini' dan dia jawab 'tahniah, kau mmg berjaya'. nampak tak betapa selekehnya aku? kau tanya budak rumah aku, ada aku sesikit nak tunjuk mcm 'weyh, aku kakak artis tu' ada? aku rasa, bila diorang tanya pasal adik aku, baru aku cerita. lain aku lek lek je weyh.

so, kau nak cakap aku tumpang glemer sbb aku sound satu account fake, yg letak gambar adik aku tanpa kebenaran? cuba kau tengok dalam gambar tu ada tak gambar aku? apa perasaan kau org kalau gambar kau org sendiri dipublish tanpa kebenaran korang? seronoknyaaaa! glamernyeee! mcm tu? kalau betul aku nak tumpang glemer, aku biar je lah weyh. banyak pulak org like. barang panas weyh. aku tak lah marah. ni aku suruh remove sbb aku tak suka sbb dalam tu ada gambr aku jugak. jadi, tunjuk aku mana aku nak glamer sgt tu? tunjuk.

lepas tu pasal jadi penulis ni. Tak kan aku nak marah Tuhan sbb bagi aku rezki dari menulis? Tak kan aku nak marah Tuhan sbb dia bagi aku ilham? jadi, kau nak marah aku sbb tumpang glemer ni bagai? kalau rezeki aku dah tulis kat situ, aku nak marah Tuhan jugak? lepas tu tak kan aku nak berubah tak jadi diri aku sbb 'oh, kau kakak artis tu, jadi kau dah tak boleh nak rebel, tak boleh nak kasar. kau kena jadi baik, mcm wanita terpilihhhhhh sangat. kau dah yakde hak bersuara dah, no no no. kenot liddat. kau kena ikutttt je apa yg org nak kau buat atau dengan kata nama lain, ROBOT. jadi bila kau disuruh jaga hati, kau jaga hati. hati kau, kau biar je mati. ' macam tu?

jadi sekarang, aku nak tanya,

Kau nak aku buat apa?

perasaan dia lancau bila involve dalam dunia ni, serious aku cakap.

jadi aku tak batak. kau nak, amek! aku tak hadap.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, 2 September 2012

ke hadapan bakal suami,

aku tak sempurna,
tapi sesempurna aku yang Tuhan cipta,
aku harap kau terima.

Sebab aku cukup lengkap untuk aku,
dengan cacat cela azali ku,
denga tidak sempurnanya aku.

Tapi aku bahagia,
Aku bersyukur pada Tuan Pencipta,
kerana jadikan aku yg tak sempurna ini sempurna.

Tapi satu je aku pinta.
Moga tak sempurnanya aku yang Dia cipta,
mampu sempurnakan kau yang bagi aku sempurna,
cukup lengkap nya engkau Tuhan cipta,
biar tutup lemahnya aku yang tak sempurna,
lengkap melengkapi orang kata :)

Cuma satu aku nak tanya,

ke hadapan bakal suami, sanggup terima kurangnya saya sampai

mati? :)

dari (bakal) tulang rusuk kau yang sebelah lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.8