Sunday, 29 December 2013
Jadi,
Been sick lately.
Loosing few kgs is fun, but it scares me.
Entahlah
Anyhow,
Tahun 2013 dah nak sampai penghujung.
What had you achieved this year?
Me?
Gahhh. Where to start?
Falling in love
Falling out of love
Achieved good cgpa's
Know few friends
Lost some
Travelling
Heart broken
Heal
Get broken again
And the list continues on and on...
But, am I happy?
Wednesday, 11 December 2013
Senyum
Jadi, satu hari ni, tiga hari lepas aku putus cinta, aku jalan jalan, takde hala tuju, aku pergi satu restoran makanan segera ni untuk pandu lalu. Dengan mata bengkak, aku pun buat pesanan. Sampai je kat tingkap nombor dua, ada seorang perempuan ni sapa aku, dia yang jaga cashier waktu tu.
" Hai Ika! How are you? " , sambil hulur tangan dan salam aku.
" Alhamdulillah, good. How are you kak? "
" Good. Sorang je? Jangan lupa senyum hari ini "
aku tak jawab, aku cuma pandang dia dan senyum. Lepas aku ambil je makanan yang aku pesan, aku pun drive keluar dan air mata aku jatuh berjurai-jurai. I dont even know why.
Mungkin sebab aku rasa, dia stranger and why would a stranger do goods towards the people hey don't even know? Sedangkan orang yang aku sayang pun tinggalkan aku, apatah lagi seorang stranger which randomly jumpa dekat restoran makanan segera.
Setelah beberapa minggu kejadian tu, aku pun datang balik kat restoran tu. Sebab aku tengah final exam, so aku nak cari tempat yang aku boleh belajar. Waktu aku sampai tu, yes, aku cari kakak tu sebab saja nak say hi. Tapi dia takde.
After few hours kat sana, aku pun nak refill air. Aku pergi kat kaunter dan nampak dia tengah lap dulang macam tu. Aku pun dengan excitednya nak say hi, sekali dia cakap hi dulu.
" Hi Ika. How are you? Buat apa sini? Dengan Siapa? "
" alhamdulillah.. how are you? ika buat revision dengan kawan kawan. "
" oh.. kenapa makin kurus ni? sihat tak? "
" patah hati kot.... " aku ketawa.
" ehh janganlah. hidup ni sekali je. jangan macam tu"
aku angguk dan senyum dan aku terus pergi ke meja aku. Setelah berjam jam belajar, kakak tu datang dan minta kitorang pindah keluar sebab dia kena mop lantai. Berkali kali dia minta maaf sebab dia risau aku marah, aku bangun dan cakap takpe, aku pun dah nak siap dah belajar.
So, time kemas-kemas tu, sekali dia tanya,
" ika okay? "
"alhamdulillah.. macam ni lah"
" ohh.. jaga kesihatan. ika buat gigi kat mana? "
" kuantan kak. tapi tengah cari klinik nak revise balik sebab skrg dah jarang pergi sana"
" oh akak pun dulu kerja klinik gigi kat subang"
"ohh akak kerja klinik lepas tu kerja sini lagi?"
" eh takk. akak dah berhenti kerja klinik. akak sakit buah pinggang, lepas operate kena cuti rehat dekat sebulan lebih. so bila masuk kerja balik, doktor tu macam marah sikit. so akak berhenti, tu yang kerja kat sini. Akak ni takde buah pinggang dah "
Aku terdiam. Sumpah aku rasa macam nak rebah menyembah bumi.
" akak okay? "
" alhamdulillah. macam ni lah. skrg ni tiap tiap bulan kena ambil darah sebab doktor suspect akak kena cancer. tapi tu lah ika, kena kuat kan, untuk anak. Hidup ni sekali, jadi buat apa kita nak fikir apa yang dah berlaku. Yang penting macam mana kita nak teruskan hidup, macam mana nak survive hari esok. Anyway, good luck untuk exam tu okay? InshaAllah semua okay "
aku senyum dan dia berlalu pergi.
Apa yang bermain fikiran aku kat sini, macam mana dia boleh stay positive, senyum dan buat macam takde pape berlaku pun pada dia. Sedangkan aku diuji Tuhan dengan putus cinta pun dah rasa macam dunia ni dah nak berakhir.
Tapi dia, boleh tersenyum dan masih bersyukur dengan apa yang Tuhan anugerahkan pada dia.
Aku duduk dan menangis malam tu.
Kepada kak Jaja,
Terima kasih sebab berikan ika satu magis pada hidup ika. Walau hanya dengan senyuman, dengan sapaan yang mesra, but you've change me. Tak siapa tahu disebalik senyuman tu, ada macam macam dugaan Tuhan bagi pada akak. But you live for tomorrow. You never look back. You just wanna do good and be good to others and also yourself. You've touch me. You've taught me that life can be as beautiful as we want, but we need to look at it in a positive way. Tak kisah walau teruk pun dugaan nya, kita boleh pilih untuk bahagia dan kejar cita cita atau terus termenung dan tak tentu hala.
Yang corakkan hidup kita, adalah kita.
Yang lain serah dan percaya pada Tuhan.
I want to be better, InshaAllah.
Terima kasih Tuhan.
Friday, 6 December 2013
Kalau saya superwoman....
Biar allignment dia cantik dan tak haru biru...
Sebab aku kena mula hidup baru...
Susah...
Sebab paling terpijak..
Paling tersampah...
Paling tak mampu nak luah...
Sebab apa apa aku rasa aku pun tak tahu...
Kalau aku superwoman...
Aku nak selesaikan semua...
Aku nak selamatkan nyawa...
Aku nak pulihkan dunia...
Aku nak....
Hati aku semula.
Tuhan,
Bantu aku....
Biar setiap sujud aku,
Aku jadi bertambah redha...
Bertambah kuat...
Bertambah tabah...
Siapa aku nak soalkan setiap apa yang berlaku...
Kerana itu semua ketentuanMu
Tapi bantulah hambaMu ini ya Allah
Sebab aku paling jijik dan paling jatuh...
Pada diri aku...
Kerana aku tak kuat
Seperti mana Kau mahu.
Jadi bantu aku,
Aku nak cari diri aku,
Aku nak cari pencipta aku..
Aku nak kuat untuk lalu liku liku
Aku nak... Aku.
Monday, 4 March 2013
persepsi manusia
Yang rasanya mungkin tak beri apa impak pada kalian.
Kerna rasa itu punya aku,
Bukan kamu.
Pernah kau rasa,
Begitu banyak kau usaha,
Tapi tak beri impak pada dunia.
Kau sedih.
Kau pilu.
Kau sayu.
Kau diam.
Tapi kau tak putus asa.
Kau bangun semula.
Walau sukar nak pijak dibumi nyata.
Kau bangun juga.
Kau pejamkan mata.
Kau pekak kan telinga.
Kau biar hati kau berbicara.
Bicara melalui pena.
Aku berusaha.
Ya. Berusaha.
Berusaha untuk jadi manusia.
Yang cantik eloknya di mata yg maha Esa.
Yang sopan santunnya disanjung keluarga.
Yang bijak menyusun katanya dimata semua.
Aku cuba.
Cuma terkadang aku fikir,
Jijiknya aku dimata aku sendiri,
Bila apa yang aku mahu itu kabur,
Tak nampak dek mata kasar,
Tak terhidu dek mata hati.
Aku gagal.
Gagal menjadi seorang anak.
Gagal menjadi seorang kakak.
Gagal menjadi seorang manusia.
Gagal pekak kan telinga
Gagal tutupkan mata
Kerna apa?
KALIAN.
Kalian yang mencerca
Memaki tanpa usul periksa
Menghakimi tanpa merasa
Hanya tahu bicara.
Dan MENGATA.
Inilah orang kata.
Tak pernah nak nampak baik manusia.
Yang aib juga yang nak dibuka.
Sampai bila?
Sampai yang kita kita dah tak ada di muka dunia
Sampai yang kita kita ni gagal nak cipta kerjaya
Sampai kita kita ni semua hilang lapuk ditelanbusia
Come on lah Malaysia.
Come on lah Melayu.
Sudah sudah dengan kata belakang.
Sudah sudah dengan menjaja cerita.
Kalau satu itu nampak boleh maju,
Bagilah kata semangat,
Biar maju. Terus maju.
Kalau satu iti nampak silap,
Bagilah penerangan.
Biar terang. Terus terang.
Jangan hanya mengherdik, mengejek
Sbb itu buat yang kita kita ni akal pendek
Semua nya nak disuap nak dibodek.
Bagi kata semangat
Biar yg keluarkam keringat
Mahu terus maju
Mahu terus tahu
Mahu terus mampu
Jangan jadi manusia
Yang hanya mencerca
Tapi tak maju
Yang hanya mengaibkan
Walhal buat tahi di lorong jalanan.
Jangan.
Thursday, 18 October 2012
Ke hadapan duapuluhtigatahun syafika,
Assalamualaikum.
kehadapan duapuluhtiga tahun syafika.
ingat yang kau sudah dewasa,
tapi dewasa kau tak cermin apa apa,
kalau yg dewasa hanya pada nama,
bukan kudrat yg kau perlu usaha,
untuk jadi dewasa setanding dengan nama.
kau perlu sentiasa bangun dan lari,
lari kejar mimpi,
putus asa jangan pernah sekali,
walau kau kena caci, kena maki,
ingat Tuhan akan sentiasa disisi,
yang penting kau kena lari,
lari kejar mimpi.
banyak kali kau jatuh,
tersembam menyembah bumi,
tapi jangan pernah sekali kau rapuh,
sebab Tuhan akan sentiasa disisi,
tapi ingat! jangan kau angkuh,
berpijak dibumi dan sentiasa sedar diri.
Selamat Ulang Tahun Syafika,
kau makin dewasa,
tanggung jawab kau makin berat pada dunia,
harapan kau akan jadi tinggi setinggi puncak himalaya,
tapi sentiasa pijak bumi yang nyata,
ingat yang besar kan kau dari sekecil zarah,
sehingga sebesar manusia.
jangan lupa jasa mereka.
kau sudah dewasa,
terbanglah kejar cita cita,
jgn peduli oranh yg pandang sebelah mata,
mungkin kau ada apa yang dia tiada,
tapi ingat, jangan pernah mendabik dada.
Selamat Ulang Tahun Syafika,
Moga dgn jasad yang semakin tua,
dan kudrat yang semakin tak bermaya,
kau masih mampu kejar cita-cita,
kau masih mampu beri bahagia pada manusia,
dan kau masih sujud pada yang Maha Esa.
aku akan selalu ada,
disetiap jatuh bangun kau,
disetiap tawa tangis kau,
dan setiap perit manis kau,
sebab aku adalah roh yang berjanji dengan Tuhan,
untuk ada dengan kau,
sehingga aku terpisah dengan kau
sehingga aku tinggalkan jasad manusia,
yang namanya Iqhwatul Syafika,
dan kembali kepada Dia.
pegang janji aku,
"aku akan selalu ada, sehingga jasad dan roh terpisah dua"
Selamat Duapauluhtiga Tahun Iqhwatul Syafika,
Selamat buka buku baru,
Selamat jadi manusia baru,
Selamat terus sujud pada yang Satu,
Selamat Jadi Orang Tua.
HAHA
iloveyou iqhwatul syafika.
with love,
iqhwatul syafika ;)
Sunday, 23 September 2012
hilang,
kalau aku kata hilang,
aku bagi kau gambaran tentang terbang.
terbang pergi kealam fantasi,
tinggalkan sebentar ruang realiti,
ruang yang anggarannya infiniti.
tapi kalau aku hilang,
adakah kau juga akan terbang?
terbang mencari ruang itu,
terbang mencari sesuatu,
terbang mencari aku?
aku harap kau terbang mencari aku,
sbb yang jujurnya aku,
hilang ke dunia itu,
sbb mahu kau hadir dan mencari aku.
enak mimpi dari realiti,
kerana kita bisa dapat apa yg sukar dimiliki,
pada dunia kejam yg namanya realiti.
aku mimpi kamu,
kau jadi milik aku.
indah bukan?
IL