aku menulis rentetan satu artikel,
mungkin ramai yang tak senang aku jaga adik aku sendiri, aku ikut dia kemana-mana.
mungkin ada ramai yang menyangkakan mereka lebih layak untuk berada disamping dia, adik artis aku.
aku redha dicaci, di cela, atas khilaf aku menjaga adik aku.
'no fashion sense, tapi ada hati nak style kan adik' memang. memang aku bukan fashionista. sbb tu lah aku takde depan cover magazine atau billboard dekat jalanan tu.
aku hanya kakak yang membantu adik aku selesakan diri dia dalam dunia seni yang 'indah' bagi kau orang semua.
aku hanya kakak yang nak terbaik untuk adik dia tapi aku sedar aku tak 'gah' utk bantu dia sbb aku sendiri masih cari diri aku.
tapi, salah kah jika seseorang itu tidak berfesyen mengikut kehendak apa kau orang nak?
salah kah jika dia pakai apa yang dia mahu asalkan dia selesa?
aku bukan nak jual adik aku. yang kami nak jual, lagu kami, BUKAN ADIK AKU.
jadi aku rasa, mungkin adik aku tak se-stylo yang kau orang mahu, tapi berdosakah dia? salah kah dia?
mana pergi 'pentingkan bakat, dari rupa' , mana landas 'tak guna ada rupa tapi tak berbakat' mana?
aku tak menyuruh kau orang sukakan adik aku. Tak. Aku tak memaksa. Lumrah manusia. Macam mak aku kata 'susah nak cari org suka kita, yang tak suka tu ramai'.
jadi, apa aku harap, pada orang yang masih suka ni,
terima kasih, Alhamdulillah.
Tapi,
sukalah adik aku kerana muzik dia sbb aku bukan jual adik aku.
Sukalah adik aku kerna bakat dia, bukan beg , baju atau kasut jenama yang dia pakai.
sebab pegang kata aku,
sehodoh mana, atau sejelik mana pun adik aku,
sekiranya setiap lagu yang dia mainkan, dia nyanyikan,
mampu bagi senyum dekat kau orang semua,
mampu bagi kau rasa syurga atas dunia,
itu dah lebih cukup dari segalanya.
sungguh.
'dikala ku jatuh, ku bangkit kernaMu, Tuhan Yang Satu'.
