Wednesday, 22 August 2012

kambing hitam,

Mungkin hidup kau indah,
hidup aku juga.
Jadi tak adil untuk aku mengeluh,
kerana Allah bagi aku cukup, sempurna.
Alhamdulillah.


Aku menulis rentetan apa yang berlaku,
Tak tahu kenapa,
aku rasa ada segenap perasaan aku yang mahu memberontak,
mahu dilepaskan.

Ini tak adil, aku tahu.
Sebab hidup aku indah,
sebab hidup aku cukup,
Tapi bagi aku peluang nak berbicara.

Aku sedar aku bukan bijak, aku bukan cantik, aku bukan sempurna, macam kalian. Tapi aku cukup lengkap untuk aku. Tetapi sedihnya aku, dengan cukup lengkapnya aku Tuhan beri, tak pernah enak nya dimata kalian. Aku sedar, kau seorang terpelajar. Tapi bukan itu token kau untuk menghina dan mengeji aku.

Aku sedar diri aku hanya sampah. Sebab itu karya aku orang label sampah. Sebab ia hanya sampah yang ditulis oleh sampah jalanan macam aku. Syukurlah masih ada orang mahu dengar, mahu hargai.

Tapi aku bangga dengan sampah aku. Sampah itu yg bagi aku hidup, bagi aku nafas untuk mulai bangkit mengorak hidup aku semula. Mungkin bagi kau, itu bukan usaha aku sendiri sebab aku perlu menumpang darah daging aku untuk hidup. Tapi percayalah. aku sedar diri. Dititip ucapan terima kasih tak bertubi-tubi pada darah daging aku yang bantu aku hidup semula.

Segelumit, hati aku hancur segelumit.

Mungkin kau tak pernah kenal apa itu rasa hidupnya dibawah. Mungkin kau tak pernah kenal apa itu rasa bila kau berusaha, apa yang orang mampu kata adalah, "kau hanya hidup atas darah daging kau, tanpa dia, kau tiada apa-apa" kerana  bagi kau, kau susah atas kaki kau sendiri, kau nak berjaya atas kaki kau sendiri. Tapi kau tak sedar, tak semua manusia macam kau, setengah manusia perlu bergantung dengan orang lain untuk berjaya. Mungkin bukan setengah, mungkin aku saja. Ah, aku lah orang itu. Aku sedar!

Hati aku hancur lagi. Sungguh.

Sehina-hina manusia, aku rasa aku paling hina. Sejijik-jijik manusia, aku rasa aku paling jijik. Aku sedar. Tapi aku ada hati, aku  ada rasa. Yang kau baru perlekehkan tadi itu hati. Hati aku.

Tapi jangan risau, hati aku baru saja mati,

Tadi.

Maafkan aku sebab selalu jadi kambing hitam dalam keluarga ini. Maafkan aku sebab tiada apa yang boleh kau bangga dengan aku.

Tiada kata secantik bahasa,
Yang mampu ganti perkataan Maaf,
kerana cacat cela kan kau yang sempurna.
Sungguh, aku mohon maaf.

p/s : maaflah kalau apa yang aku tulis ini merepek. Aku menulis dalam keadaan tak tenang sambil mata berkaca. Hey, aku tak sempurna kan? Aku tulis sampah. Tapi aku bangga.




3 comments:

  1. don't be sad. nobody's perfect.

    ReplyDelete
  2. saba je la ika..pasti akan ade yang lebih sampah dpd kita dlm dunia ni..ade je yg lg hina dpd sampah..at least sampah2 pon orang tetap nampak kan..kdg2 kite kene jd sampah dulu sebelum kita jd barang yg telah di kitar semula dan beguna utk org lain..hee..so just do it lahh...^_^

    ReplyDelete
  3. Akak, sebegitu rasa akak, seumur hidup aku, aku dihina seperti sampah jugak. Tpi aku pertahankan diriku dripada mengeluarkn setitik air mata pun. Berapa tahun lamanya aku simpan rasa hina ku itu, sekali gus keluar segala kata2 yng.... Dan mata ku terus berkaca. Setelah itu, bermulalh lgi perkara yng sma selepas umur aku masuk 12 tahun iaitu ini.....

    ReplyDelete