Tuesday, 31 December 2013

So long old syafika.

Dan malam ini,
Adalah malam terakhir untuk 2013.


365 hari dah berlalu
Banyak soalan yang ada dalam kepala otak aku

Berapa banyak kebaikan aku dah buat?
Berapa banyak hati aku ada sakitkan?
Aku ada buat keluarga aku bahagia tak?

Macam macam lah.


Tapi 2013 ni banyak benda jadi.


Aku jatuh cinta
Aku putus cinta
Lagu aku menang apm
Lagu aku masuk ajl
Final exam dapat 3 pointer
Dah dapat travel pegi luar negara
Banyak lah


Aku bersyukur

Jadi untuk tahun 2014 ni,
Aku tak nak ada banyak sangat azam

Aku cuma ada satu ;

TO BE BETTER


Cukup.


Selebihnya aku serahkan pada yang Diatas.


Tuhan,
Kau terlalu baik pada aku
Sampai satu masa aku malu

Aku tertanya apa lebihnya aku
Untuk dapat segala nikmat yang kau beri pada aku sekarang ini

Jadi aku bersyukur
Terima kasih, alhamdulillah.

Ya Rahman, ya Rahiim,
Aku berserah pada kau, Tuhan sebaik baik perancang
Kalau sesuatu itu membawa kebaikan pada aku
Maka kau dekatkan lah ia
Jika ia memudaratkan aku
Maka jauhkan lah ia

Aku redha atas segala ketentuan Kau
Kerana aku tahu Kau mahu yang terbaik untuk hambaMu

Jadi, cukup untuk aku ingin menjadi yang lebih baik

Moga dimudahkan
Moga diterangkan jalan


Terima kasih ya Tuhan.


Selamat tinggal 2013, you've been amazing!

Here's to 2014, bismillah! 😊

2 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Ika, Selamat menikmati kehidupan mendatang ;)

    ReplyDelete