Friday, 27 February 2015

Putus asa

Pernah dengar kan putus asa?

Dan kita ni manusia
lagi mudah putus asa
dari cuba usaha
untuk betulkan semuanya.


Sebab putus asa itu mudah.

Noktah. Itu saja.


Tapi pernah tak kita fikir
Berapa ramai yang sengsara
hanya dengan kita yang putus asa?


Aku pernah putus asa
Pernah
Dan sebab aku putus asa,
aku hilang manusia yang aku sayang

Waktu tu aku rasa penat sangat.
Penat yang teramat.

Dan aku rasa putus asa adalah jalan yang terbaik untuk aku lakukan.
Dan sekarang,
aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu
dalam hidup aku


Aku hanya mohon Tuhan bagi apa yang terbaik untuk kita kita ini
Tapi jangan jadikan "redha" sebagai alasan untuk kita putus asa


Kita boleh cuba buka semua pintu, 
Pintu mana yang kita rasa terbaik, 
Mohon Tuhan setuju. 



Mimpi indah,
Syafika L. 

No comments:

Post a Comment