Wednesday, 12 August 2015

2

Bismillah.

So dah lama aku tak menulis sebab aku rasa
takde sebab aku nak tulis
bukan sebab aku happy sentiasa
trust me, I've been through shitty stuff juga
tapi aku try untuk tak lepaskan
until tonight

Ramai kata aku ni dapat duit mudah, kaya bla bla bla. Contoh ;

" jadi kau senang ah, kaya, tulis lagu, dapat duit banyak "
" yea lah, kau kaya. aku miskin, aku sedar diri "
" kau banyak duit ika, aku tahu. aku ni miskin, mengemis "

Aku jenis kalau kau nak bahan aku apa pun,
aku tak kisah,
tapi bila sentuh bab bab ni aku sensetif sikit

A - kawan baik aku
J-  kawan sekali dalam group


A kena bahan dalam group, dia diam, so aku macam geram lah tengok J ni bahan dia gila babi, aku pun bahan dia, aku bahan sikit je, sekali dia nak bangkit macam macam.
 Aku macam, pehal? Aku ada cakap pasal duit harta benda semua ni ke?

Aku tak kisah pun selama ni kena bahan, dari bab belajar sampai bab cinta, aku okay je.
Selalu je diorang panggil aku loser, selalu kena tinggal dengan lelaki, anak dara tua semua.
Padahal benda tu sensitif jugak, tapi aku memang tak kisah. Asalkan jangan libatkan keluarga atau hal harta benda ni.

Jadi bila benda ni berbangkit, dan dia cakap ayat yang aku quote kat atas ni. Aku jadi panas, aku leave group.

Tapi, aku takde hal, whatsapp lagi minta maaf kalau aku ada kecilkan hati dia semua. Sekali dia reply " takpe ka, aku tahu kau banyak duit, aku ni dah biasa kena hina, aku ni memang miskin, nantilah aku kaya, aku bayar balik semua benda "

First of all, aku takde mengungkit pun pape benda aku buat untuk sesiapa. Dan aku takde bangkitkan isu duit ke harta ke apa ke. Aku tak faham kenapa kau nak kena cakap macam tu. Dua, kalau kau miskin pun, ada aku kisah ke selama ni? Kau nak tumpang kereta ke, nak duduk sebelah ke, aku ada cakap ' eh jangan, orang miskin tak leh duduk sebelah aku'  ADA?

Semua orang pun aku kawan. Korang makan bungkus tepi jalan pun aku duduk lepak sekali. Takde pun aku macam nak kasta kan semua benda. Jadi, aku terkilan.

Kedua, bagilah aku contoh apa yang senang dalam dunia ni? Kau kata aku dapat duit senang? Kau tahu tak aku pernah nangis kat sejadah minta maaf kat Tuhan sebab aku dah lama takde idea nak menulis? Kau tau tak aku pernah kunci diri aku dalam bilik tak keluar berhari hari sebab aku kecewa dan depress dengan diri sendiri sebab aku tak boleh menulis?

Kau tahu tak aku kena sengkang mata, drive kadang-kadang, kena deal dengan organizer yang kenkadang mencabar keimanan, tak masuk lagi kena tunggu macam orang bodoh, kena berdiri sepanjang event, berlari kesana kemari nak pastikan semua okay, kena pastikan semua benda dah settle baru aku boleh tidur dan selalunya aku tidur 2-3 pagi dan kena bangun awal esoknya untuk pergi tempat lain. Kau tahu tak penat dia macam mana kena ada kat tiga tempat dalam satu hari, kena berkejar, kena pastikan semua okay, kena marah lagi kalau ada yang tak kena, kau ingat semua tu senang?

Aku tak cukup tidur,  aku kena buat kerja dari sekuli-kuli sehingga lah ke peringkat boss punya kerja. Kau ingat mudah? Kau ingat duit datang bergolek turun dari langit macam tu? Dan kalau aku banyak duit, kenapa belajar kat universiti pun aku mohon pinjaman mara? lebih baik guna duit sendiri kan? tak yah nak semak kan otak aku dengan hutang segala.

Jom lah ikut aku pergi kerja. So far, ex boyfriend dengan adik aku paling kecil dah ikut dan diorang sendiri cakap " ingat senang korang punya kerja " sebab semua orang nampak yang keluar kat tv atau kat atas pentas tu je. Takde orang nampak kitorang kena keluar pukul 4 pagi, kena korbankan masa hujung minggu dengan keluarga atau tersayang, balik tetengah pagi tukar baju untuk gerak ke event seterusnya, tidur dekat rnr sebab tak larat nak drive, korang tak nampak tu semua.


Jadi tolonglah, aku sendiri pernah susah, sekarang pun aku takde lah senang mana, hutang keliling pinggang, tapi aku bersyukur sebab apa pun, walau kami kat rumah takde duit makan sardin pun, korang tak tau kan? Sebab bagi aku, tuhan bagi tu cukup untuk kita. Semuanya cukup. Kadang-kadang berlebih tu sebab itu rezeki orang lain  yang dimasukkan pada kita. So kena sentiasa beringat. Jadi, kenapa aku nak kena acah acah kaya sedangkan ni semua pinjaman? Aku pernah ada semua, dan aku pernah hilang semua, dan sekarang aku ada semua balik, aku nak jadi lupa daratan? Tolonglah.


Aku memang bengang. Sangat.


Syafika L.


(mungkin akan di delete but whatever)

No comments:

Post a Comment