Sunday, 24 June 2012

adik aku, darah daging aku

kami, adik beradik rapat. semua.
alhamdulillah, semua sedang lead kepada hidup yang lebih baik, inshaAllah.

tapi aku nak menulis , pasal adik aku.

orang tak tahu betapa susah dia nak berjaya. dulu ada org kata dia itulah, inilah. bila dia dah berjaya pun, masih lagi org pertikaikan kejayaan dia.

SEDIH, NAK TAHU KENAPA?

sebab setiap kata korang lontarkan dekat dia, tak pernah sekali pun dia marah atau kata pape, dia selalu senyum and cakap kat aku 'takpelah kak, kita kuat kan? wawa ada kakak, abg azahari, keluarga dah cukup dah kak'

itu je. aku rasa kadang2 dia lagi matang dari aku. diujinya oleh Tuhan dengan pelbagai ujian, tapi sekali pun dia tak melatah. seperti yang korang tahu, aku ni dok meroyan kat twitter, tapi kalau dia, rileks je. she'll make fun of it to make me laugh and dia akan jawab 'takpelah, wawa cuba improve k kak?'

SEDIH, NAK TAHU KENAPA?

sebab korang lupa dia pun manusia. korang ingat dia cuma budak 17 tahun yang nak kejar famous sedangkan rezki tu datang sendiri. sedih sebab waktu umur dia muda, dia kena bersikap matang, tak boleh melatah, dan kena kuat sedangkan kawan-kawan dia yang lain masih belajar lagi untuk jadi matang dan kuat. sedih bila korang lupa yang dia manusia, tak sempurna, dan dia ada perasaan untuk diekspresikan.

SEDIH, NAK TAHU KENAPA?

Sebab dia cuba untuk cari rezki halal, dia buat apa yang dia suka, dan Tuhan sayang kat dia dan bagi dia rezki yang luas tapi korang judge rezki dia. tapi korang pertikaikan lagi, judge dia lagi.

tak pernah sekali pun dia tanya berapa bayaran yang dia dapat utk satu show dia pergi. yes! tak pernah sekali dia tanya aku, nak tahu kenapa? sebab dia buat benda tu sebab dia minat, sebab dia suka dan dia tak kisah pun berapa harga bayaran persembahan dia buat tu. nak tahu kenapa? sebab dia kata 'wawa puas bila tengok org nyanyi lagu kita, bila org happy jumpa wawa, semua tu tak boleh beli dengan duit kak'.

tak pernah sekali dia mengeluh bila show bertimpa timpa dalam satu hari. paling kurang, dia akan sandar kat aku and cakap 'wawa penat sikitlah kak'. itu je.

tak pernah sekali dia berkira dengan kitorang, dia ada rezki, keluarga yang dia utamakan dulu. dia tak pernah mengeluh. dia manusia biasa.

jadi kenapa korang nak judge dia?

aku tak kisah kau orang tak suka dia, suara dia tak sedap ke, apa ke, itu hak masing-masing. tapi give that kid a break, jangan lah cela dia, aibkan dia.

kalau salah, tegur. tapi, correct me if im wrong, dalam islam, menegur secara private, bukan terbuka dan mengaibkan. selembut lembut nasihat itu, adalah terbaik kan?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 20 June 2012

kehadapan bulan,

langit cerah malam ini,
tapi tidak dalam hati

redup dan sayup sepi,
terasa kosong sendiri.

kalau aku kata aku rindu,
mungkin benar, mungkin juga palsu.

kalau aku kata aku cinta,
mungkin hanya kata, tapi bukan rasa.

kehadapan bulan,

aku sayu malam ini,
jangan tinggalkan aku sendiri.

lebih elok pegang pada rasa yang kita pasti,
dari pegang janji yg belum tentu ditepati,

betul kan?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 11 May 2012

hati, kau sakit lagi?

Aku doa,

Mohon kaulah yang terbaik.

Tapi sekarang semua masih samar,

Harus aku terus melangkah atau berpatah balik?


saat aku jatuh, aku doa kau pimpin aku biar jangan rapuh,

IL


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 9 May 2012

Dah bersedia untuk jatuh?

Dalam sudut hati ni,

Aku rindu,

Lari lari dengan kamu,

Tidur di berbeda negeri setiap minggu.


Dalam sudut hati ni,

Aku cemburu,

Cemburu kau dah dapat hidup kamu,

Yang kau impikan dulu.


Dalam sudut hati ni,

Aku mahu,

Tuhan cepatkan putaran waktu,

Jadi kita boleh seperti dulu.


Malangnya,

Itu semua dulu,

Kau masih dengan hidup mu,

Waktu masih juga begitu


Mohon tuhan kuatkan hati mu,

Agar masih kuat seperti dulu,

Dan mohon tuhan gagah kan hati aku. 

Agar masih kuat menunggumu.


Saya rindu penyanyi tu,


IL


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 8 May 2012

setiap soalan ada jawapan, kan?

Hari ini aku lari,

Lari kejar kamu,

Sebab kamu nak lari,

Lari dari aku.


Tapi kenapa?

Bagi aku jawapannya,

Adakah sebab aku dah tak sempurna?

Adakah sebab itu aku dah tak layak dicinta?


Hari ni kamu masih lari,

Tapi kali ni aku cuma berdiri,

Berdiri dan tengok kau lari,

Sekarang kau puas hati?


IL


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 waktu,

Azan maghrib berkumandang,

Tapi aku masih dekat sini,

Mengamati tapi tak bergerak,

Kenapa?


Sebab aku takut,

Takut kalau aku bangun,

Semua akan berubah,

Berubah jadi lebih parah.


Kenapa parah?

Sebab di setiap surah,

Aku fikirkan kau,

Aku doakan kau.


Tolong jangan lost lama-lama, aku rindu

IL


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 23 April 2012

Masa pantas,

Hi.




Sometimes, I wish, I can just turn back time. Go to that moment where celebrating each other birthday is a must, having that midnight movies with the family, catching up stuff while eating Siakap at Jeng Kuan, mama cabut uban dan janggut ayah, 

*long exhale, crying* 

I miss that moment. I miss it when everything that is wrong but seems so right cause I have everyone by my side. I miss everyone smiles and happiness back then. The jokes, fooling around. 

Now, everything has change. We're growing up, too fast. Just too fast. Mom's alone. The smile isn't the same anymore. The laughters , the jokes is just not.... how it used to be you see. 

I wish I am as strong as you want me to be, mom. 

The truth is, I'm loosing myself, pieces by pieces. 


It hurts to just sit here and watch everything falls down.
IL :'(