Tuesday, 12 January 2016

Relate-shionship advice

Bismillah.

Kita semua pernah in a relationship kan?
Jangan tipulah. mesti pernah punya.
Zaman sekolah main cop tiang sesama, pastu suka.
Pakai kasut jenama bata sama, terus declare jadi boyfriend girlfriend.
Betul tak?
Tapi tu waktu sekolah lah. Mungkin muda lagi.

Sekarang dah dewasa.
Well, seorang syafika lah yang dah dewasa.
Aku merasakan yang relationship ni adalah sesuatu yang memenatkan.
Don't u think?

Penat sebab kita akan rasa insecure,
Penat sebab possibilities nak gaduh pasal benda kecil tu besar,
Penat sebab mungkin akan kena tipu,
Penat sebab mungkin akan bosan,
Penat sebab last last bercinta bagai nak rak lepastu kena tinggal.

Baca pun penat, kan?

Sebab tu kadang kadang aku sendiri susah nak commit.
Mungkin sebab dah banyak sangat dikecewakan. Mungkin lah.

Berdasarkan pengalaman dan observation aku sendiri,
Setiap hubungan pun, akan ada satu pihak yang rasa dia buat lebih dari satu lagi pihak.
Hey, that's a fact. Tak perlu nak indenial.

Tapi sebenarnya kita silap.

Takde siapa pun buat lebih untuk siapa siapa.
Takde siapa pun tahu had melebih lebih tu macam mana.
Sebab apa kita buat tu sebab kita sayang dan nak orang yang kita sayang happy.
Tu je.

Tapi mungkin kita rasa dia perlu usaha lebih sebab mungkin dia pernah buat silap.
Jadi we expect them to work more towards jadikan relationship ni lebih baik
sebab kita dah penat usaha dan akhirnya kita dikecewakan.
U know what i'm saying ?

It's not good sebenarnya, sebab dia macam revenge dalam expectations when niat kita
nak be in a relationship sendiri pun to be there for them through thick and thin, kan?

Tapi manusia, biasalah. Ada perasaan. Lagi-lagi bila dihancur deraikan tanpa alasan yang kukuh,
mestilah hampa, terkilan, sedih semua.

Lumrah.

Cumanya, kadang-kadang aku fikir, segala sakit yang korang tanggung tu,
akan bagi manis ke nanti?

Janji-janji ditabur saat dia mahu, kau rasa dia akan ingat ke bila-bila dia dah jumpa yang lagi baik?

Percayalah, mahu mana pun kita ingin dikejar bila dia buat silap, esok lusa kita yang akan berlari memahukan dia untuk kita walau sebenarnya layaknya kita bukan itu.

Akhirnya, yang usaha itu kita, yang merayu untuk tidak ditinggalkan itu kita, kerana kita sendiri tak mahu tahu apa rasa tanpa dia disisi nanti.

Naifnya wanita, masih lagi mahu percaya walau tahu yang pada bila-bila masa dia boleh pergi walau berapa banyak dia taburkan kita dengan janji.

Sebab kita sayang, sebab kita kasih, sebab kita mahu.

Sebab wanita ni bukan mudah putus asa. Lagi lagi dalam cinta.

Tapi sayang, yang tidak putus asa inilah yang selalu ditinggalkan di putus asakan oleh manusia yang bernama lelaki. Haih.

Ya tuhan,

Semoga nanti-nanti wanita wanita ini diberi lelaki yang mahu dan tahu bahawa dia layak untuk tidak diputus asakan. Dia layak untuk dijuangkan sebagaimana lelaki itu dijuangkan walaupun setelah dia tersilap langkah.

Aamin.



Cukuplah ya? Otak aku letih.
Syafika L.

No comments:

Post a Comment