Thursday, 7 May 2015

Dream wedding,

Hi,

sebab weekend ni seorang kawan diploma aku nak kahwin, so aku pun macam saja berangan bertanya diri sendiri, " What my wedding would look like? "

Nope. aku belum nak kahwin. Takde sesiapa ajak aku kahwin. Matter of fact, takde siapa nak pun. hahaha 

Back to the topic, if i were to get married, i want it to be as simple as it could be. Kalau zaman sekarang orang kata, but wedding dengan budget RM 10,000 to seems impossible, I wanna make it work! 

Aku nak kahwin kat masjid, pakai baju kurung putih biasa tu je asalkan cantik. Tak payah kasut grand-grand sebab bukan nampak pun nanti, kan?

Aku nak ajak orang datang makan je dekat masjid, bagi makan apa yang aku mampu. Kalau nasi putih, telur goreng dengan sup je aku mampu, tu je lah aku hidang. Asal niat ikhlas nak bagi orang makan, dan nak beritahu orang aku dah kahwin, sudah lah kan?

Kalau tak pun, aku buat doa selamat je dekat masjid malam tu, jemput anak-anak yatim datang, orang kampung, sedara mara, dan sesiapa lah yang sudi nak datang join doakan aku dan suami, dah cukup. 

Tak perlu lah nak grand grand sangat hantaran sebab esok lusa bila dah kahwin, aku boleh pau je suami aku. hahhahaha tak tak, gurau. I mean, you know, ada banyak lagi benda nak fikir. Esok lusa kalau tak de duit nak makan, barang hantaran tu bukan boleh tolong. Telekung, al-Quran tu semua, acceptable sebab aku guna, banyak pahala suami aku dapat, kan?


Paling grand pun aku mintak, nak gambar kahwin, tu pun kalau terpaksa paksa adik aku ambil gambar kitorang guna iphone 6 dia dekat tepi pantai ke dalam hutan ke sebab nak cut budget, aku tak kisah. Asalkan ada sedikit kenangan, kan?

I mean, kalau orang kata aku ni save budget sangat ke miskin ke apa ke, asalkan aku kahwin, halal. Alhamdulillah.

Aku tahu, kenkadang orang kata, kalau kahwin macam ni, apa orang akan kata, tapi esok lusa, kalau kami susah, kami tanggung. Biarlah kalau kahwin biasa je pun, asalkan aku ada suami yang boleh sayang aku ikhlas dengan segala cela yang ada pada aku. 

Kahwin grand, kalau last-last tak happy, tak best juga. I mean, that's what i thought.

Atau mungkin, sebab aku datang dari latar belakang keluarga yang begini, buat aku jadi " yang penting kita cukup untuk kita " .

Betul tak? 

Friday, 27 February 2015

Putus asa

Pernah dengar kan putus asa?

Dan kita ni manusia
lagi mudah putus asa
dari cuba usaha
untuk betulkan semuanya.


Sebab putus asa itu mudah.

Noktah. Itu saja.


Tapi pernah tak kita fikir
Berapa ramai yang sengsara
hanya dengan kita yang putus asa?


Aku pernah putus asa
Pernah
Dan sebab aku putus asa,
aku hilang manusia yang aku sayang

Waktu tu aku rasa penat sangat.
Penat yang teramat.

Dan aku rasa putus asa adalah jalan yang terbaik untuk aku lakukan.
Dan sekarang,
aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu
dalam hidup aku


Aku hanya mohon Tuhan bagi apa yang terbaik untuk kita kita ini
Tapi jangan jadikan "redha" sebagai alasan untuk kita putus asa


Kita boleh cuba buka semua pintu, 
Pintu mana yang kita rasa terbaik, 
Mohon Tuhan setuju. 



Mimpi indah,
Syafika L. 

Thursday, 26 February 2015

Bismillah. #syafikawrites

A random first post for 2015.


New year resolution, to travel more.

Prepare for random post of awesomeness by me this 2015.
May it be a great year to everyone and me.


Backpackers 101 Tips for Bali, coming soon.

Leaving next week. Teheeeeeeeee :D


Love,
Syafika L.




Tuesday, 31 December 2013

So long old syafika.

Dan malam ini,
Adalah malam terakhir untuk 2013.


365 hari dah berlalu
Banyak soalan yang ada dalam kepala otak aku

Berapa banyak kebaikan aku dah buat?
Berapa banyak hati aku ada sakitkan?
Aku ada buat keluarga aku bahagia tak?

Macam macam lah.


Tapi 2013 ni banyak benda jadi.


Aku jatuh cinta
Aku putus cinta
Lagu aku menang apm
Lagu aku masuk ajl
Final exam dapat 3 pointer
Dah dapat travel pegi luar negara
Banyak lah


Aku bersyukur

Jadi untuk tahun 2014 ni,
Aku tak nak ada banyak sangat azam

Aku cuma ada satu ;

TO BE BETTER


Cukup.


Selebihnya aku serahkan pada yang Diatas.


Tuhan,
Kau terlalu baik pada aku
Sampai satu masa aku malu

Aku tertanya apa lebihnya aku
Untuk dapat segala nikmat yang kau beri pada aku sekarang ini

Jadi aku bersyukur
Terima kasih, alhamdulillah.

Ya Rahman, ya Rahiim,
Aku berserah pada kau, Tuhan sebaik baik perancang
Kalau sesuatu itu membawa kebaikan pada aku
Maka kau dekatkan lah ia
Jika ia memudaratkan aku
Maka jauhkan lah ia

Aku redha atas segala ketentuan Kau
Kerana aku tahu Kau mahu yang terbaik untuk hambaMu

Jadi, cukup untuk aku ingin menjadi yang lebih baik

Moga dimudahkan
Moga diterangkan jalan


Terima kasih ya Tuhan.


Selamat tinggal 2013, you've been amazing!

Here's to 2014, bismillah! 😊

Monday, 30 December 2013

A random thoughts on the plane

I forgot how does your face looks like,
Your smile,
Your laughs,
How we fight,
How we make up,

How we fall in love,
How we fall out of love,
And we fall in love again.

And maybe God knows how much I miss you,

He let me dreamed of you.

But, you

With someone else,
Laughing the same laughs
Smiling the same smile
And falling in love.. Again
But this time with a different person

And i woke up from my bed,
Smiling with my tears running down from the face,
Knowing that you're going to be just fine

Or maybe,
God wants me to know that

Everything will be fine again

We're going to fall in love.. Again
And fall out of love... Again


But the one who stays,
Will be someone who worth our love

Loving us unconditionally
Without asking us to love them back

And i hope,
I love you hard enough
To let you go
So that you'll be okay
So that you'll be happy

Without asking you to stay with me
Even for a while.

Remember the time,
When you tell me you want to watch the fireworks with me
On new year's eve?
But i cant make it coz i have to go to Labuan.

And i video call you that night so you can watch the fireworks with me from my place

And i cried coz i cant be there for you

And you've said..


That's more than enough for you...


And now, this is more than enough from me.


Enough to just let you go and be happy for you.

- Syafika L.









Sunday, 29 December 2013

Jadi,

Bismillah..


Been sick lately.
Loosing few kgs is fun, but it scares me.

Entahlah


Anyhow,
Tahun 2013 dah nak sampai penghujung.
What had you achieved this year?

Me?

Gahhh. Where to start?


Falling in love
Falling out of love
Achieved good cgpa's
Know few friends
Lost some
Travelling


Heart broken
Heal
Get broken again


And the list continues on and on...


But, am I happy?

Wednesday, 11 December 2013

Senyum

Aku baru putus cinta. Tak lah baru sangat, dalam sebulan macam tu.

Jadi, satu hari ni, tiga hari lepas aku putus cinta, aku jalan jalan, takde hala tuju, aku pergi satu restoran makanan segera ni untuk pandu lalu. Dengan mata bengkak, aku pun buat pesanan. Sampai je kat tingkap nombor dua, ada seorang perempuan ni sapa aku, dia yang jaga cashier waktu tu.

" Hai Ika! How are you? " ,  sambil hulur tangan dan salam aku.
" Alhamdulillah, good. How are you kak? "
" Good. Sorang je? Jangan lupa senyum hari ini "

aku tak jawab, aku cuma pandang dia dan senyum. Lepas aku ambil je makanan yang aku pesan, aku pun drive keluar dan air mata aku jatuh berjurai-jurai. I dont even know why.

Mungkin sebab aku rasa, dia stranger and why would a stranger do goods towards the people hey don't even know? Sedangkan orang yang aku sayang pun tinggalkan aku, apatah lagi seorang stranger which randomly jumpa dekat restoran makanan segera.

Setelah beberapa minggu kejadian tu, aku pun datang balik kat restoran tu. Sebab aku tengah final exam, so aku nak cari tempat yang aku boleh belajar. Waktu aku sampai tu, yes, aku cari kakak tu sebab saja nak say hi. Tapi dia takde.

After few hours kat sana, aku pun nak refill air. Aku pergi kat kaunter dan nampak dia tengah lap dulang macam tu. Aku pun dengan excitednya nak say hi, sekali dia cakap hi dulu.

" Hi Ika. How are you? Buat apa sini? Dengan Siapa? "
" alhamdulillah.. how are you? ika buat revision dengan kawan kawan. "
" oh.. kenapa makin kurus ni? sihat tak? "
" patah hati kot.... " aku ketawa.
" ehh janganlah. hidup ni sekali je. jangan macam tu"

aku angguk dan senyum dan aku terus pergi ke meja aku. Setelah berjam jam belajar, kakak tu datang dan minta kitorang pindah keluar sebab dia kena mop lantai. Berkali kali dia minta maaf sebab dia risau aku marah, aku bangun dan cakap takpe, aku pun dah nak siap dah belajar.

So, time kemas-kemas tu, sekali dia tanya,

" ika okay? "
"alhamdulillah.. macam ni lah"
" ohh.. jaga kesihatan. ika buat gigi kat mana? "
" kuantan kak. tapi tengah cari klinik nak revise balik sebab skrg dah jarang pergi sana"
" oh akak pun dulu kerja klinik gigi kat subang"
"ohh akak kerja klinik lepas tu kerja sini lagi?"
" eh takk. akak dah berhenti kerja klinik. akak sakit buah pinggang, lepas operate kena cuti rehat dekat sebulan lebih. so bila masuk kerja balik, doktor tu macam marah sikit. so akak berhenti, tu yang kerja kat sini. Akak ni takde buah pinggang dah "


Aku terdiam. Sumpah aku rasa macam nak rebah menyembah bumi.

" akak okay? "
" alhamdulillah. macam ni lah. skrg ni tiap tiap bulan kena ambil darah sebab doktor suspect akak kena cancer. tapi tu lah ika, kena kuat kan, untuk anak. Hidup ni sekali, jadi buat apa kita nak fikir apa yang dah berlaku. Yang penting macam mana kita nak teruskan hidup, macam mana nak survive hari esok. Anyway, good luck untuk exam tu okay? InshaAllah semua okay "

aku senyum dan dia berlalu pergi.




Apa yang bermain fikiran aku kat sini, macam mana dia boleh stay positive, senyum dan buat macam takde pape berlaku pun pada dia. Sedangkan aku diuji Tuhan dengan putus cinta pun dah rasa macam dunia ni dah nak berakhir.

Tapi dia, boleh tersenyum dan masih bersyukur dengan apa yang Tuhan anugerahkan pada dia.


Aku duduk dan menangis malam tu.




Kepada kak Jaja,

Terima kasih sebab berikan ika satu magis pada hidup ika. Walau hanya dengan senyuman, dengan sapaan yang mesra, but you've change me. Tak siapa tahu disebalik senyuman tu, ada macam macam dugaan Tuhan bagi pada akak. But you live for tomorrow. You never look back. You just wanna do good and be good to others and also yourself. You've touch me. You've taught me that life can be as beautiful as we want, but we need to look at it in a positive way. Tak kisah walau teruk pun dugaan nya, kita boleh pilih untuk bahagia dan kejar cita cita atau terus termenung dan tak tentu hala.

Yang corakkan hidup kita, adalah kita.
Yang lain serah dan percaya pada Tuhan.


I want to be better, InshaAllah.

Terima kasih Tuhan.