Bismillah.
Jadi, kali ni, aku nak share cerita #syafikajalanjalan ke Espana *insert emoji girl dancing in red dress here*
K.
Aaaaanyhow, thank you to @ikat_team , @saudagaronline786 dan www.facebook.com/ikatmy kerana baik hati menaja sebiji gopro4 silver dan segala jenis mak nenek poll yang ada dalam dunia ni, tapi sebab nak travel, i choose to bring three way poll yang mana dia boleh masuk je dalam beg sebab boleh lipat tiga dan menjadi sangat kecil. Dia juga berfungsi sebagai monopod dan boleh bertukar menjadi tripod. How awesome is that? So silalah jenguk instagram diorang atau facebook page untuk maklumat lanjut. Sekian, iklan.
Jadi, ni merupakan solo trip aku yang pertama. Tanpa mama dan keluarga *kesat air mata* Traumatized okay memula sebab almost two weeks juga di sana. But yeah, i survived. Alhamdulillah.
So, i depart from KUL at 8pm naik Etihad Airways dan terus menuju ke Abu Dhabi. Perjalanan dalam 6jam 45 minit, maka tidurlah seorang syafika didalam plane tu sebab boring k flight lama-lama ni. Blergh.
Sampai je dekat Abu Dhabi, ada wifi, so selamatlah kalian melepak di airport tu sebab aku kena transit lebih kurang 2 hours. But, airport dia banyak benda, surau bersih (tapi jangan lah tidur dalam surau,kesian orang nak sembahyang) dan toilet ada dalam surau tu senang korang nak kehulu kehilir melepaskan niat yang tertangguh. Heh.
Lepastu, flight seterusnya adalah Abu Dhabi ke Dusseldorf, Germany. Naik Etihad jugak selama 7jam 5 minit. Kenapa berhenti kat situ? Entah lah. Tiket ni paling murah kot waktu tu dan bukan aku yang beli so bertabahlah seorang syafika. Hahaha Sampai je kat DUS, terus naik AirBerlin ke madrid. Airberlin ni lebih kurang macam Airasia, so faham-faham lah ye? Transit tak lama so macam tak sempat nak melilau dalam tu, but orang orang yang jaga keselamatan, imigresyen dia kebanyakan nya sangat ramah! :)
Dusseldorf ke Madrid ambil masa lebih kurang 2jam 30 minit. So, sampai je kat airport, korang keluar je, takde lalu imigresyen dah sebab cop dah dapat waktu kat DUS lagi.
Oh, sesiapa yang berminat nak beli simcard dia, belilah Lebaran punya sim. 10 Euro if i'm not mistaken with 2GB internet lepas korang subscribe data diorang lah. 2GB dia pun macam lama gila nak habis so, itu je dah memadai rasanya. #TIPS Pastikan ada internet so senang nak guna untuk waze, google maps dan yang sepatutnya je. Sampai hostel, pakai wifi yang disediakan okay? Yang nak roaming, pun boleh. Asalkan korang dah aktifkan dan pilih signal yang sync dengan korang punya line okay?
Lepastu, berjalan lah syafika menaiki metro train ke Apartmentos Good Stay Madrid. Apartment ni oklah,selesa. Ada kitchen, as in full kitchen siap microwave, peti sejuk apa semua. Satu apartment boleh muat 5 orang. Selesa! Toilet di dalam bilik. So, terjagalah privasi seorang muslimah. Hahaha Poyo gila. K.
Apartment ni best sebab dekat dengan mini market, and makanan halal, and banyak lagi attractions dekat Madrid yang within walking distances (10-20mins of walking) . So, since i love walking so much, so i dont mind. Tapi pada korang yang nak naik metro, the nearest should be at Santa Domingo. So dari situ, korang boleh pergi ke mana sahaja korang nak. Tiket 1.6 Euro satu hala, kemana sahaja within the section lah. Kalau nak ke section 2, maybe mahal sikit. #TIPS Nak mudah tahu kat mana nak kena tukar lane metro, download metro station punya apps kat istore okay? :)
Banyaknyaaaa nak tulis. Okay.
DAY 1
So depart on 25th, sampai 26th of August at 1150am masa Madrid. Diorang lambat 6jam dari Malaysia. So, lepas dah check in, makan apa semua, refresh, keluarlah syafika berjalan jalan mencari tempat tempat best di Madrid.
Puerto Del Sol
You can google about the place and apa information yang buat dia one of the must-go-place in Madrid. Dia macam bangunan je sebenarnya, bangunan lama tapi cantik. Banyak muda-mudi yang melepak kat situ dan banyak shopping place yang menarik macam Zara, Pull and Bear, Bershka dan sebagainya. Pada yang nak berjimat, sila kuatkan iman anda sepanjang berjalan menuju ke Puerto Del Sol, rasa tak kuat, sila pasang earphone dan dengar azan di telinga so korang ingat ini semua hanyalah dunia sementara. hahaha ok. Ada jugak orang buat tarian Flamenco tepi jalan. Yes, free je, macam street performance, kalau rasa nak derma duit, bagilah 1 Euro kat diorang, takde hal punya. oh time aku pergi 1 Euro = RM 4.9++ Thanks. 1 Malaysia! K.
Museo Nasional del Prado
Okay, muzium ni sebenarnya sesaja je lalu, and terlanjur time lalu tu memang dia bagi tiket free. So, seorang syafika gigih pun ambil tiket dan masuk ke dalam muzium tu. #TIPS pergilah time 6pm-8pm, time ni dia memang free entrance, ambil tiket je lepastu masuk. Pada yang minat art, masuklah sebab muzium ni besar dan ada arca lah lukisan lah dan memacam lagi. I went to the first room je dekat first floor selebihnya tak pergi sebab masa untuk free session nak habis kot masa tu, tak ingat lah. Muzium ni banyak lukisan pasal agama kristian, so, masuk je lah usya dengan niat nak tengok seni, okay? :) Oh, kalau pergi time berbayar kena 25 Euro so silalah darab dengan 5 dan fikir lah sendiri berbaloi tak masuk sekiranya berbayar. Hahahaha
Kat muzium ni banyak bangunan cecantik tapi kebanyakannya ada Cathedral. So, masuklah kalau nak. Oh ada few lagi muzium yang berdekatan dan ada juga bagi free entrance, so sesiapa yang berminat, mohonlah google okay? :)
Stairs ni jalan nak menuju ke Retiro Park dan waktu tu matahari macam cantiknya, so syafika kekonon nak artsy smartsy pun saja je nak tangkap gambar. Cantik kan? Obviously the sunset, not me. Durh.
Retiro Park
Next, perjalanan diteruskan re Retiro Park. Cantik park ni dan sangat besar. Banyak orang jogging, bawa haiwan peliharaan jalan, dan piknik dekat sini. Open space, no entrance fees, banyak street performance juga kalau korang jalan kedalam dalam nya.
Puerta de Alcala
Waktu cari metro station nak balik, tak sengaja terlalu tempat ni. Cantik juga waktu malam , tapi kalau korang ada kesempatan nak jalan sini waktu siang, silalah okay? One of the must-visit place juga di Madrid ni :)
Habislah day 1 #syafikajalanjalan di Madrid. Sebab dah panjang sangat ni, maka sambung day 2 dan seterusnya esoklah. Heh.
Nak tengok gambar atau mini updates about my spain trip ni, pergilah kat insta dan cari #syafikatakesoverespana #syafikajalanjalan . Okay?
Hope this helps!
Syafika L.



No comments:
Post a Comment