I've been away from social media, and blogging for few days.
I miss writing.
Well, her i am writing,
just to remind you
that life is beautiful.
I've been staying on my bed for the past few days, struggling to even wake up.
Sleeping makes me calm, coz, at least i don't even think about anything at that time.
And then, tetiba rasa nak balik kampung, jumpa mak. I miss mak.
I was depress. But, few things really open my eyes.
Nanti ada masa, i'll share it with you.
Here's a memo,
If you're currently battling with something,
Please take it easy.
Dont do that to yourself.
Take a moment to breath.
Ni mak pesan kat aku before aku balik kl pagi tadi,
" you need to fix your relationship with God, and He will fix your relationship with human being. You don't need to be scared of losing someone, people leave, it's normal. Tapi Tuhan tak, percaya dengan semua ketentuan Dia, and He will take care of everything "
And then it hit me. Selama ini aku menzalimi diri aku sendiri tanpa aku sedar.
Aku selalu doa minta kat Dia kalau sesuatu itu baik untuk aku, dekatkan la, redhakan lah, mudahkan lah. Tapi kiranya ia memudaratkan aku dari segala segi, maka jauhkan lah, hindarkan lah.
Dan bila sesuatu berlaku, contohnya, aku kehilangan sesuatu, aku jadi marah, sedih, tak boleh terima kenyataan sedangkan siapa tahu itu mungkin doa aku yang Tuhan kabulkan, Dia tarik balik sebab Dia tahu itu boleh memudaratkan aku. Kat sini aku sedar yang aku minta diselamatkan tapi bila diselamatkan aku nak hanyut balik, nak lemas semula. Faham tak?
Therefore, i will stop running away from everything. I don't want to question anything anymore. I will take it easy on myself, and nak belajar redha bukan dengan mulut saja tapi dengan hati juga. Aku dah tak nak pertikaikan, tak nak persoalkan atau apa pun sebab aku tahu apa pun terjadi, semua tu ada hikmah. Dan Tuhan yang maha tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Biarlah kita kehilangan sesuatu sebab mungkin dengan kehilangan itu kita akan belajar menghargai lebih banyak lagi.
Jadi, sebelum tidur, maafkan semua orang dengan harapan agar orang lain juga memaafkan dosa kita pada dia. Kalau sedang sedih, minta kat Dia untuk beri pertolongan untuk hilangkan rasa sedih, hiba, sayu, kehilangan yang ada dalam diri kita dan gantikan ia dengan perasaan tabah, sabar dan redha dengan segalanya kerana Dia maha tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia adalah sebaik-baik perancang.
Tahu, belajar untuk redha dengan mulut itu mudah. Dengan hati ni yang susah. InshaAllah, slow slow. Dan sekiranya pada bila-bila masa Allah setuju, kita akan rasa redha hati tu nanti :)
Selamat berjuang,
Syafika L.
No comments:
Post a Comment